Perang Srivijaya-Mataram: Politik Srivijaya yang Dahsyat.
Pada tahun 960, dinasti Song mula berkuasa di China dan mengukuhkan polisi perdagangan secara monopoli. Maharaja Srivijaya yang dipanggil ‘Sri Hu-da-xia-li-tan' adalah entiti pertama yang membuat hubungan dengan Dinasti Song dan mengukuhkan hubungan perdagangan sebagai wakil Lautan Selatan dengan Negara China.Pada tahun 961, dua kali utusan dihantar tetapi melalui dua raja yang berlainan. Hal ini kerana, Srivijaya mempunyai penggiliran raja-raja, sama seperti Malaysia hari ini.
Mataram Kuno atau Sanjaya (She-po) pernah menghantar utusan ke China di zaman Dinasti Tang (618-907) dua kali tetapi Rombongan kedua Mataram telah dipintas oleh kapal Srivijaya dari Tengah Jawa dan dihalang daripada membuat hubungan dengan China sejak 839. Ini menyebabkan Raja Dharmawangsa, Raja Mataram yang baru menaiki takhta Mataram kuno pada Tahun 990 dan baginda mempunyai cita-cita yang besar, berang dengan Srivijaya. Walaupun baginda telah berjaya meluaskan wilayahnya di Barat Borneo dan Pulau Bali di Timur Pulau Jawa, namun sikap Srivijaya yang menghalang perhubungan perdagangan dengan Cina menjadi antara penyebab utama serangan Dharmawangsa ke Kota Srivijaya, selain dari hasrat perluasan kuasanya.
Lalu, Dharmawangsa bertindak menyerang Kota Srivijaya- Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah dan menyerang Ibukota Srivijaya di Sumatera, iaitu di Jambi. Peperangan itu berlanjutan dari 990 sehingga 992, namun tentera Dharmawangsa tidak berjaya mengalahkan Srivijaya di Jambi kerana kekuatan Tentera Laut Srivijaya, lalu memaksa tentera Dharmawangsa berundur kembali ke Pulau Jawa. Walaubagaimanapun, Raja Srivijaya (mungkin Syulamani Varman) memindahkan ibukotanya ke Kedah (Kataha atau Kadara) yang lebih selamat daripada serangan Jawa. Ibukota Srivijaya memang boleh berpindah randah di 15 buah negarakota melayu Srivijaya.
Pada tahun 990, Utusan Srivijaya ke China yang ingin kembali ke Srivijaya tidak berjaya kerana keadaan perang di ibukotanya. Setelah menunggu 2 tahun, pada 992 M, utusan tersebut yang dipanggil Pu-ya-tuo-li ingin kembali ke Srivijaya. Namun apabila sampai di Champa, dia tersangkut kerana perang yang belum reda. Ini memaksa utusan tersebut menggunakan kebijaksanaan politiknya, kembali ke China dan mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China dinasti Song.
Kebetulan pula, She-po (Sanjaya) menghantar dua misi perdagangan ke China pada tahun 992, dengan kapal kargo yang sangat besar di atas nama Maha Raja. Disebabkan polisi Dinasti Song yang tegas dan permainan politik Utusan Srivijaya, walaupun utusan Sanjaya mengatakan bahawa kedua-dua negara saling berperang, namun China menolak perdagangan mega dengan Sanjaya, walaupun Sanjaya menghantar surat rayuan menyambung hubungan dagangannya dengan China, namun China tetap menolak hubungan dagangan tersebut.
Lain pula kisahnya dengan Srivijaya, di mana Srivijaya tetap terus menghantar utusan dan hubungan dagangan diteruskan selepas perang kabut di tahun 1003 M. Pada tahun-tahun ini juga, Srivijaya yang berpusat di Kedah menyewa tanah-tanah di Nagapattinam untuk membangunkan perkampungan dan Vihara di sana, mengekang hubungan dagangan Sanjaya atau Mataram Kuno dengan India.
Tahun 1007 M, Srivijaya membantu Lwaram membangun di Jawa, lalu memaksa Mataram kuno berperang dengan Lwaram sehingga memaksa Dharmawangsa memindahkan Kotanya ke Timur daripada Kota asalnya, yang dibiarkan mereput. Pada tahun 1016 M, Putra Wurawari dari Lwaram berjaya menewaskan Kota Mataram Kuno, lalu memusnahkan terus Kerajaan Mataram Kuno, hasil bantuan senyap-senyap daripada Srivijaya di bawah Raja Sri Mara Vijayatungga Varman.
Tahun 1007 M, Srivijaya membantu Lwaram membangun di Jawa, lalu memaksa Mataram kuno berperang dengan Lwaram sehingga memaksa Dharmawangsa memindahkan Kotanya ke Timur daripada Kota asalnya, yang dibiarkan mereput. Pada tahun 1016 M, Putra Wurawari dari Lwaram berjaya menewaskan Kota Mataram Kuno, lalu memusnahkan terus Kerajaan Mataram Kuno, hasil bantuan senyap-senyap daripada Srivijaya di bawah Raja Sri Mara Vijayatungga Varman.
Begitulah dahsyatnya permainan politik Srivijaya.
Rujukan:
1) Slamet Muljana, Sriwijaya.
2) K.A. Nilakanta Sastri, I. Sri Vijaya.
3) Takashi Suzuki, History of Srivijaya.
2) K.A. Nilakanta Sastri, I. Sri Vijaya.
3) Takashi Suzuki, History of Srivijaya.
Comments
Post a Comment