Isu Patung Christo Redento di Melaka
Isu replika Patung Christo Redento atau Christ the redeemer di Perkampungan Portugis terus hangat ditukarkan di media-media sosial. Patung yang keenam terbesar yang seumpama dengannya dibina khas untuk sambutan Hari Natal dalam kalangan masyarakat kristang atau Portugis di Melaka ini dan mengambil rekabentuk patung yang sama di Brazil, yang terbesar di dunia. Sebagai guru yang mengajar di SMK Canossa Convent, Melaka iaitu sekolah yang paling hampir dengan replika ini, saya terpanggil untuk menceritakan sedikit hal yang berkaitan dengan pembinaan patung kristian katolik ini. Apatah lagi, setelah kami guru-guru melayu Islam dituduh membuat laporan berkenaan dengan pembinaan patung ini (yang menyebabkan pembinaannya ditangguhkan), walaupun kami tidak pernah ambil tahu pun dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkampungan ini. Kronologi Pembinaan patung ini dimulakan pertengahan tahun lepas (2017) di tapak parkir kenderaan yang terletak di Portuguese Square, bahagian hadapan sek